Sunday, 9 October 2016


 Hiburan Dulu-Dulu.


Ni masa belum ada insta. Sekarang dah ada, bersepah fandom

Masa dulu-dulu, sebelumnya ada Instagram, Wechat, Facebook segala maknenek tulah, ni lah hiburan atau hobi kami adik beradik. Nengok Anime. Petang-petang melongok depan TV. Mula-mula start dengan Doraemon , Shinchan, Naruto bila dah besar sikit masuk lah Anime-Anime lain. So sini nak share lah sikit menda Anime ni sebenarnya? Basically apa yang ada dalam entri harini just tentang Genre asas Anime Sahaja. patik pun bukan tahu sangat pasal genre-genre ni dulu, main bantai tengok je hehehe.  So sikit pengenalan, apa itu Anime? 
Anime (bahasa Jepun: アニメ)  (baca: a-ni-me, bukan a-nim), merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan  manga (komik Jepun) yang bergerak.Perkataan Anime asalnya dari perkataan inggeris iaitu animation yang dibacakan sebagai a-ni-me-syon (アニメーション) oleh masyarakat Jepun. Disebabkan kebiasaan orang Jepun untuk memendekkan perkataan katakana yang melebihi 4 huruf, maka syon(ション) dibuang daripada perkataan a-ni-me-syon, lalu menjadikannya a-ni-me (アニメ) sahaja. Istilah ini tidak digunakan sehingga pertengahan tahun 1960-an, namun setelah sebuah majalah Jepun mula membacakan animation sebagai anime  perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini.



.
1.Action


  • ·         Genre Aksi(Action)  menggambarkan aksi seperti pertarungan, perlawanan fizikal antara watak.
  • ·         Mengandungi adegan pertarungan yang mendebarkan dan dipenuhi aksi pergaduhan.
  • ·         Guilty Crown, Hunter X Hunter




2.Genre Adventure


  • ·         Menceritakan penjelajahan dan pengembaraan watak ke sesuatu tempat atau tujuan
  • ·         Watak tidak tinggal setempat sebaliknya, mengembara dengan satu matlamat ( mencari harta karun, menyelamatkan dunia etc.)
  • ·         Sepanjang perjalanan/penjelajahan watak selalunya mengalami hal-hal yang menakjubkan
  • ·         FComedy, Fairy Tail, One Punch Man


c  

         3.Comedy


  • ·         Bertujuan untuk memebuat penonton ketawa  
  • ·         Dipenuhi unsur-unsur lawak dari pelbagai sudut ( tingkah laku, dialog, persekitaran)
  • ·         Fairy Tail,Hunter X Hunter , One Piece,One Punch Man





4.Drama


  • ·         Mengandungi unsur kuat yang membolehkan para penonton hanyut dalam cerita.
  • ·         Realiti sebenar kehidupan yang diolah menjadi lebih fiksi
  • ·         Clannad, spirited Away



5.Game Based


  • ·         Anime yang diadaptasi dari suatu game/ permainan video
  • ·         Selalunya mempunyai unsur aksi dan pengembaraan
  • ·         Yu gi Oh , SAO , Hikaru No Go





6.Romance


  • ·         Mengandungi Kisah Kisah Romantis biasa tentang percintaan .
  • ·         Banyak telah diadaptasi sebagai Filem Sebenar ( live action)
  • ·         Kaichou wa Maid sama , Sukite linayo , Tonari No Kaibutsu , Sakuraso no pet na kanojo , Senpai konojo.


So basically, ni adalah antara genre Anime yang asas. Setiap satu siri Anime tu tak semestinya mengandungi satu satu genre sahaja. Genre kebiasaanya akan dicampur-campurkan untuk menjadikan suatu kisah Anime tu lebih menarik.

Mecha?
Harem?
Hentai?
Echhi?

Binatang apakah? Nak tahu? Tunggu next Entri. huhuhu.

Btw why kiss people when you kiss anime
check this out http://kissanime.to/

bye bye
xoxo






No comments:

Post a Comment