![]() |
| anak siapa? tak tahu. amik dari google image. halalkan plis. |
2005. Tahun pertama memasuki
zaman persekolahan. Nervous? Gementar? Happy?
Apa perasaan aku? Homaigadddd,, janganlah Tanya. iolls dah tak ingat lah
uolls. But for sure, no crying. Kak yong kawasan mana boleh nangis.
Budak darjah satu dan tangisan. Tak dapat dipisahkan. Dimana ada budak
darjah satu disitu ada tangisan. Dimana ada tangisan, di situlah ada
budak-budak darjah satu dengan hingus hijau yang meleleh-leleh dari hidung
kecil mereka.Yekk. Jijik.
Pada hari pertama persekolahan, cubalah pergi ke
kelas-kelas budak darjah satu. Tak mungkin tak jumpa budak nangis. Mesti jumpa.
Biasalah budak-budak. Baru nak biasakan diri.Baru satu tapak ke dunia realiti.Baru nampak orang baru. Selama ni dok berkepit bawah ketiak mak. Biasalah tu.
Tapi aku dulu masa darjah satu, kira set-set cool yang
tak nangis masa first day masuk sekolah. biasa je. Ecececeh. Macam bangga
dirikan? Tapi ini cerita betul. Tara tipu punya. Mak hantar sampai aku masuk
kelas aku je. Lepas mak bayar yuran,dia balik. Aku salam mak sebelum mak
balik. Tak nangis pun. Siap bye-bye
lagi. Baikkan aku? Dah lah comel. Rasa
macam hebat lah time tu. And balik rumah aku cerita dekat mak.
“mak mak tadi elin dekat sekolah kawan elin tu dia
nangis sebab mak dia tinggal diakan makk. “
“iye. Habis tu elin ikut kawan tu nangis tak?”
“tak pun elin tak nangis pun. Elin tengok je dia
nangis. Dia jerit-jerit tak nak lepaskan mak dia . dia nangis kuat-kuat
makkkkkk. Dia jahatkan mak? Elin baikkan?. Hehehe”
“ oh iye. Tak nangis anak mak. Pandainya diaaaaaaaa. Iye elin baik.~”
Nampak tak? Hello elin kot.
Apa yang aku ingatlah, masa sekolah dulu ada beberapa
jenis budak-budak yang set-set nangis ni masa kat sekolah dulu,
First set
Yang nangis, dalam 2 minggu pertama persekolahan
sahaja. Lepas dari itu. Mereka dah boleh biasakan diri. Ada yang sampai tahap,
bila sampai je sekolah terus lari tinggalkan ibu bapa main dengan kawan.
Second set
Awal tahun penggal pertama : menangis
Akhir penggal pertama : merengek-rengek, tapi bila
jumpa member, kasi pujuk sikit dah boleh tinggal dah.
Third set
Awal tahun penggal pertama : menangis
Penggal kedua : tetap menangis macam masa awal tahun
Akhir penggal kedua : menangis selagi dia nampak mak
dia, bila mak dia dah pergi, dia akan diam dengan sendirinya. Macam magikkan?
Ni jenis manja ni.
Akhir tahun : sampai sekolah, lupa mak ayah. Terus
terkinja-kinja main dengan kawan.
Last set
Awal tahun : melalak
macam mak dia nak buang dia
Penggal kedua : melalak macam mak dia nak buang dia
Akhir penggal kedua : melalak macam mak dia nak buang
dia
Akhir tahun : dah tiada di sekolah. mak dia
home-schooling. Tapi lepas beberapa tahun, kau akan nampak dia balik. Mak dia
daftar masuk. 2 3 tahun baru boleh move on,haiyahhhh.
Special set
Ni set-set aku. Cool. Chill. Swag.
No mommy no cry.
B-)
Ni antara ragam budak darjah satu masa zaman-zaman aku
dulu. Macam-macam. Tapi bila fikir balik adegan-adegan di atas tu masih berlaku
hingga sekarang. Mungkin tak seteruk zaman dulu-dulu. But tak dinafikan masih
ramai kanak-kanak yang masih berada dalam situasi dia atas hingga ke hari ini.
Kan?
Oh ya, kalian set yang mana??
![]() |
| "mana mak adik takut." huhuhu. |


No comments:
Post a Comment