Sunday, 18 September 2016

Budak darjah satu



anak siapa? tak tahu. amik dari google image. halalkan plis.

2005. Tahun pertama memasuki zaman persekolahan. Nervous? Gementar? Happy?  Apa perasaan aku? Homaigadddd,, janganlah Tanya. iolls dah tak ingat lah uolls. But for sure, no crying. Kak yong kawasan mana boleh nangis.

Budak darjah satu dan tangisan. Tak dapat dipisahkan. Dimana ada budak darjah satu disitu ada tangisan. Dimana ada tangisan, di situlah ada budak-budak darjah satu dengan hingus hijau yang meleleh-leleh dari hidung kecil mereka.Yekk. Jijik.

Pada hari pertama persekolahan, cubalah pergi ke kelas-kelas budak darjah satu. Tak mungkin tak jumpa budak nangis. Mesti jumpa. Biasalah budak-budak. Baru nak biasakan diri.Baru satu tapak ke dunia realiti.Baru nampak orang baru. Selama ni dok berkepit bawah ketiak mak. Biasalah tu.

Tapi aku dulu masa darjah satu, kira set-set cool yang tak nangis masa first day masuk sekolah. biasa je. Ecececeh. Macam bangga dirikan? Tapi ini cerita betul. Tara tipu punya. Mak hantar sampai aku masuk kelas aku je. Lepas mak bayar yuran,dia balik. Aku salam mak sebelum mak balik.  Tak nangis pun. Siap bye-bye lagi. Baikkan aku? Dah lah comel.  Rasa macam hebat lah time tu. And balik rumah aku cerita dekat mak.

“mak mak tadi elin dekat sekolah kawan elin tu dia nangis sebab mak dia tinggal diakan makk. “

“iye. Habis tu elin ikut kawan tu nangis tak?”

“tak pun elin tak nangis pun. Elin tengok je dia nangis. Dia jerit-jerit tak nak lepaskan mak dia . dia nangis kuat-kuat makkkkkk. Dia jahatkan mak? Elin baikkan?. Hehehe”

“ oh iye. Tak nangis anak mak.  Pandainya diaaaaaaaa. Iye elin baik.~”

Nampak tak? Hello elin kot.


Apa yang aku ingatlah, masa sekolah dulu ada beberapa jenis budak-budak yang set-set nangis ni masa kat sekolah dulu,

First set
Yang nangis, dalam 2 minggu pertama persekolahan sahaja. Lepas dari itu. Mereka dah boleh biasakan diri. Ada yang sampai tahap, bila sampai je sekolah terus lari tinggalkan ibu bapa main dengan kawan.

Second set
Awal tahun penggal pertama : menangis
Akhir penggal pertama : merengek-rengek, tapi bila jumpa member, kasi pujuk sikit dah boleh tinggal dah.

Third set
Awal tahun penggal pertama : menangis
Penggal kedua : tetap menangis macam masa awal tahun
Akhir penggal kedua : menangis selagi dia nampak mak dia, bila mak dia dah pergi, dia akan diam dengan sendirinya. Macam magikkan? Ni jenis manja ni.
Akhir tahun : sampai sekolah, lupa mak ayah. Terus terkinja-kinja main dengan kawan.

Last set
Awal tahun : melalak
macam mak dia nak buang dia
Penggal kedua : melalak macam mak dia nak buang dia
Akhir penggal kedua : melalak macam mak dia nak buang dia
Akhir tahun : dah tiada di sekolah. mak dia home-schooling. Tapi lepas beberapa tahun, kau akan nampak dia balik. Mak dia daftar masuk. 2 3 tahun baru boleh move on,haiyahhhh.

Special set
Ni set-set aku. Cool. Chill. Swag.
No mommy no cry.
B-)


Ni antara ragam budak darjah satu masa zaman-zaman aku dulu. Macam-macam. Tapi bila fikir balik adegan-adegan di atas tu masih berlaku hingga sekarang. Mungkin tak seteruk zaman dulu-dulu. But tak dinafikan masih ramai kanak-kanak yang masih berada dalam situasi dia atas hingga ke hari ini. Kan?

Oh ya, kalian set yang mana??


"mana mak adik takut."
huhuhu.